Peracunan Alexei Navalny | |
---|---|
Lokasi | Hotel Xander, Tomsk, Rusia (barangkali)[1][2] |
Tarikh | 20 Ogos 2020 | (UTC+7)
Sasaran | Alexei Navalny |
Jenis serangan | Peracunan |
Senjata | Agen Novichok[3] |
Kematian | 0 |
Tercedera | 1 |
Laman sesawang | https://www.opcw.org/media-centre/featured-topics/case-mr-alexei-navalny, https://novichok.navalny.wiki |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 20 Ogos 2020, tokoh pembangkang Rusia dan aktivis antirasuah Alexei Navalny telah diracun dengan agen saraf Novichok dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan tenat. Semasa penerbangan dari Tomsk ke Moscow, beliau menjadi sangat sakit dan dibawa ke hospital di Omsk selepas pendaratan kecemasan di sana, dan dalam keadaan koma. Beliau dipindahkan ke hospital Charité di Berlin, Jerman, dua hari kemudian. Penggunaan agen saraf telah disahkan oleh lima makmal diperakui Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).[4][5] Pada 7 September, para doktor mengumumkan mereka telah membawa Navalny keluar dari koma teraruh dan keadaannya pulih.[6] Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada 22 September 2020.[7] OPCW berkata bahawa perencat kolinesterase dari kumpulan Novichok dijumpai di sampel darah, kencing, kulit Navalny dan botol airnya.[4][8][9][10] Pada masa yang sama, laporan OPCW menjelaskan Navalny telah diracun dengan jenis Novichok yang baru, yang tidak dimasukkan dalam senarai bahan kimia terkawal Konvensyen Senjata Kimia.[11][12][13]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GuardianNovichok
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :10
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search